Blog Faraidh

Wednesday, March 4, 2009

Pasang kawat berduri dalam rumah sebab harta pusaka

SOFIA: Dua adik beradik lelaki warga tua di Bulgaria bertindak
memasang kawat berduri di dalam rumah mereka dan membahagikannya
kepada dua bahagian berikutan pertelingkahan rumah pusaka selepas
menyaman satu sama lain lebih 200 kali.

Taso Hadjiev,74 dan abangnya Asen, 75, mula bertelingkah mengenai
rumah yang didiami selepas kematian ibu bapa mereka pada 1968.
Kedua-duanya dikatakan tidak pernah sependapat dalam soal pembahagian
harta pusaka.

"Mereka mula bertelingkah sejak saya masih kecil dan sudah terlalu
lama. Saya rasa mereka sendiri pun tidak ingat apa yang mereka tuntut
dan saman di mahkamah selepas lebih 200 kali," kata seorang jiran.

Sumber - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Mencari sesuatu? Taipkannya dibawah

Custom Search